Saturday, September 27, 2014

Double Promo?

Double Promotion?

Ya, ini kali pertama promosi berkembar dijalankan serentak.

Khas untuk kesihatan dan kecantikan seisi keluarga..

Untuk kesihatan anak, dapatkan promosi Mealshakes BELI 3 PERCUMA 1.

Untuk kesihatan dan kecantikan ibu bapa, dapatkan promosi Collagen Powder, BELI 6 PERCUMA 1. 

Double Promo September 2014

Jangan ketinggalan ye kawan-kawan!



~Healthy Nutriverse~
Beauty is where health is..

Friday, September 26, 2014

Jaminan Kami


Tiga jaminan kami apabila anda memilih Shaklee – Ia sentiasa selamat, ia sentiasa berkesan, dan ia sentiasa mesra alam.

Selamat, Berkesan dan Mesra Alam



Sejak lebih 50 tahun, jutaan keluarga telah meletakkan kepercayaan mereka kepada Shaklee dalam mencorak gaya hidup sihat yang tidak dapat ditandingi oleh syarikat lain - iaitu dengan menghasilkan produk semula jadi yang selamat dan terbukti berkesan.

Misi kami di Shaklee adalah untuk menyediakan kehidupan yang lebih sihat dan lebih baik kepada setiap insan. Kami merealisasikannya dengan menghasilkan produk semula jadi yang sungguh luar biasa, yang membuatkan anda teruja untuk berkongsi tentang kelebihan produk kami dengan rakan-rakan anda

Setiap produk yang dihasilkan oleh Shaklee dirumus khusus untuk meningkatkan kesihatan, dengan rumusan yang terbukti berkesan dan tidak memudaratkan alam sekitar.

(www.shaklee.com.my)


~HealthyNutriverse~
Beauty is where health is..

Thursday, September 25, 2014

Tampil lebih muda dan lebih sihat

Shaklee Collagen Powder

 Shaklee Collagen Powder ialah suplemen kolagen tercanggih yang mengandungi 4,000mg ekstrak Kolagen RSS (Red Snapper Scale) proprietari yang tulen dan berkualiti tinggi daripada sisik ikan merah. Kolagen Shaklee mempunyai molekul yang amat ringan, lebih kurang 1,000 Dalton*, menyebabkannya mudah diserap oleh tubuh bagi merangsang sintesis kolagen pada lapisan dermis.


Bagi meningkatkan keberkesanan kolagen RSS dan menyerlahkan kecantikan dalaman anda, produk kolagen kami dirumus dengan tujuh bahan utama termasuk ekstrak biji Camellia japonica, ekstrak Pfaffia, kolagen ikan, ekstrak kerang-kerangan, Lactobacillus acidophilus, vitamin C dan vitamin B.

Shaklee Collagen Powder mudah larut dan boleh dicampurkan ke dalam makanan dan minuman kegemaran anda. Setiap sajian dibungkus dalam paket berasingan untuk pengambilan pada bila-bila masa dan di mana sahaja.
* Berat molekul kolagen diukur dalam Dalton.


Ingin Tampil Lebih Muda dan Sihat?
______________________________

Kehilangan  kolagen menyebabkan pelbagai masalah timbul kerana hampir 70% badan tubuh manusia terdiri daripada kolagen. Untuk penyelesaiannya, ramai di antara kita yang mula mendapatkan suntikan kolagen pada kulit, tetapi kosnya sangat mahal dan berisiko kepada alahan dan jangkitan. Kesannya juga untuk tempoh yang tertentu sahaja. 

Selain berbentuk suntikan, kolagen juga boleh didapati di dalam bentuk krim. Tetapi oleh kerana molekul krim ini terlalu besar, ia tidak mudah untuk diserap dengan baik ke dalam kulit manusia. Agak rugi bukan? 

Cara yang paling mudah dan berkesan adalah dengan pengambilan secara oral. Perlu dipastikan terlebih dahulu kolagen tersebut tidak mengandungi bahan-bahan kimia yang berbahaya dan telah menjalanu ujian keselamatan terlebih dahulu. 

Shaklee Collagen Powder (SCP) adalah berasaskan daripada sumber-sumber semulajadi dan dijamin selamat. SCP diperoleh daripada sisik ikan merah yang hidup secara bebas di dalam lautan sedalam 5000m. Di bawah keadaan lautan yang bertekanan tinggi, sukar bagi ikan biasa untuk hidup. Ikan merah ini boleh menahan tekanan sehingga 20 paun, bertelur dan hidup dengan bebas di laut dalam. Ini menjadikan ia sumber kolagen yang sangat lasak dan elastik, mempunyai kesepaduan sel yang sangat tinggi, tinggi nilai kapasiti dalam mengekalkan kelembapan serta mempunyai jisim molekul yang sangat rendah.

Sumber Kolagen Yang Lasak


Berkesan ke Tidak?


SCP terbukti dapat memperbaiki tekstur kulit wajah dan menghilangkan kedutan. Statistik telah menunjukkan 71% orang yang mengambil SCP merasa tekstur kulit mereka bertambah baik selepas menggunakannya selama 8 minggu berturut-turut.

Shaklee Collagen Powder - Terbukti Berkesan Untuk Penampilan Lebih Muda dan Sihat

Ingin dapatkan kolagen terbaik ini? hubungi kami segera di talian 0195611106.



~Healthy Nutriverse~
Beauty is where health is..


Wednesday, September 24, 2014

TUA dah ke?


okeh..hari ni  nak citer pasal isu tua plak..
alkisahnya semakin kita bertambah usia..semakin kuranglah penghasilan kolagen oleh tubuh badan kita..Badan kita memerlukan kolagen untuk melawan kemerosotan tubuh akibat proses penuaan. jika kolagen semakin berkurang maka akan kelihatanlah kedutan dan garis-garis halus..kendur sana sini..kerepot..
oh tidak!!

Faktanya, penghasilan kolagen berkurangan dengan kadar 1.5% pada setiap tahun selepas usia 25 tahun..cubalah kita bandingkan dengan umur kita sekarang..agak2 berapa peratus dah ye..jeng3x

kesan pengurangan ni mula dirasai lebih kurang 10 tahun kemudian. Selepas usia 45-50 tahun, badan kita akan kehilangan hampir separuh daripada kolagen yang ada..jadi dapat x dibayangkan apa akan jadi pada tubuh kita pada usia tu?

cakap pasal bab tua nih, kita-kita ni dah ada tanda-tanda tua belum?

Meh tengok tanda-tanda penuaan..ada dalam list x? 
kalau ada kenalah jaga-jaga..bukan x tua langsung..tipulah kan..mumia la plak nanti..tapi proses penuaan tu boleh dilambatkan..asal kita tau caranya aje..

checkitout..


haa..amacam? sendiri jawab..bahaha

p/s..nak tau rahsia lambat tua x? rahsianya makanlah kolagen..nak kolagen baik punyer leh roger2 ai ye..
whatsapp 0195611106

~Healthy Nutriverse~
Beauty is where Health is

HOMEMADE Detox Drink


Haa..nama pun homemade..boleh la try sendiri di rumah ye..sangatlah senang lagi bagus untuk dalaman kita..

Nak tahu cara buat minuman detox sendiri? mudah je..check it out..

resipi sesenang ABC je..

******************
apa yang korang perlukan ialah:

1 biji lemon yang dihiris
beberapa helai daun pudina
dan 1 jug air

campurkan sekali dan letak je dalam peti ais..esok korang boleh minum..senang bukan?

 cuba jangan x cuba okeh..

okeh..dah cuba yang tu bolehla cuba yang lain pula..seronok tau..selamat mencuba!





ni tembikai dan daun pudina

  strawberi pun sedap


epal dan kulit kayu manis


oren, lemon dan timun..


ni lagi power..sume campur..so korang pilihla nak buat yang mana suka yer..


tips tambahan..
jangan biarkan buah tu direndam lebih dari 7 jam..nanti start to turn bad x sedap plak..



~Healthy Nutriverse~
..Beauty is where health is..

Kolagen..Penting ke?


Seperti yang saya janjikan semalam, saya nak citer pasal kepentingan kolagen kat tubuh badan kita..

hmm, agak-agak penting x kolagen nih? ke ratu cantik, artis-artis aje yang perlukan kolagen tambahan? habis kita2 nih? eh?

sebenarnya saya baru tahu yang kolagen ni sangat penting..sejak jadi mak orang nih alertnya terlebih la sket..hehe..xnak nanti hantar anak gi sekolah orang kata hantar cucu..ekeke..pasni hantar anak pun orang kata hantar adik ke..perghh..amacam?

hmm, nanti2 kita citer plak pasal tanda-tanda penuaan..sebelum tu kita tengok dulu sedikit info tentang kepentingan kolagen...sebenarnya banyak sangat kepentingannya kepada tubuh badan kita tapi saya ambil beberapa sahaja untuk tatapan kita hari ni..




Okeh, ni versi panjang lak..

1. Melambatkan proses penuaan:

Kandungan kolagen dalam kulit akan semakin berkurangan disebabkan meningkatnya usia kita..tambahan pula gaya hidup yang sibuk akan mempercepatkan lagi proses penuaan..maka kulit menjadi kering dan kusam dengan mudahnya..Oleh itu, pengambilan 
kolagen secara berterusan dapat membantu kulit untuk menyeimbangkan semula kolagen yang telah berkurangan. 

2. Mengekalkan kelembapan dan mencegah kedutan

Kolagen mempertingkatkan penghasilan sel-sel baru, membantu memelihara dan memulihara keremajaan kulit, melembut dan membuatkan kulit lebih bermaya. Kolagen juga berkesan untuk menghilangkan kedutan pada kulit kita.

3. Memulihkan masalah kulit

Kolagen membantu dalam pertumbuhan sel-sel kulit baru dan menyediakan perlindungan kepada kulit. Kolagen efektif memulihkan parut, pengecutan ephithelium, kedutan dan garis-garis halus.

4. Mengurangkan pigmentasi

Kolagen juga membantu merapatkan sel-sel dan mempercepatkan pembentukan sel-sel baru. Dengan fungsi ini, iadapat mencegah pengumpulan pigmen dan racun, membantu mencerahkan kulit dan mengurangkan pigmentasi.

5. Menyubur dan mencantikkan rambut

Kandungan kolagen dalam lapisan korium merupakan bekalan nutrisi kepada epidermis, rambut dan kuku. Kekurangan kolagen menyebabkan rambut kering dan bercabang, manakala kuku menjadi kusam dan mudah pecah. kehadiran nutrisi dalam kulit kepala sangat penting untuk memelihara kesihatan rambut bagi menjadikan rambut subur dan cantik bermaya.

6. Menegangkan payudara

Payudara sebenarnya terbentuk oleh jaringan-jaringan penyambung dan kumpulan lemak yang berperanan sebagai penyokong bagi pembentukan payudara. Kolagen merupakan komponen utama dari jaringan-jaringan penyambung dan bertindak dengan protein polisakarida untuk membentuk satu jaringan yang kuat untuk menyokong dan menegangkan payudara.

7. Menguatkan tulang

Penyatuan kolagen yang secukupnya adalah penting untuk membentuk kerangka tulang yang kuat. Masalah osteoporosis dan kekejangan kaki adalah berpunca daripada kehilangan kolagen yang membentuk 80% daripada jumlah kepadatan tulang sedangkan kehilangan kalsium, magnesium dan fosforus hanya 20%. Dengan pengambilan kolagen yang mencukupi dapat mengembalikan kepadatan tulang yang normal, dan juga dapat melambatkan osteoporosis.



amacam? agak-agak korang penting x kolagen nih?



banding bezakan antara keduanya..


********************************

~ Healthy Nutriverse ~ 
Beauty is where health is



Monday, September 22, 2014

Apa itu Kolagen? Kenapa ramai (wanita terutamanya) sangat sukakannya?




Perasan atau tak, jika bercerita tentang kulit..selalunya dikaitkan dengan kolagen? 

"ohh, sejak i pakai collagen XYZ..kulit muka ni rasa lembut sangat..rasa nak pegang je manjang."
"Retis tu pakai collagen ABCD la..patutlah cantik kulit dia"...

Di media massa apatah lagi di pasaran hari ini..lambakan kolagen yang menjanjikan hasil yang diidamkan oleh semua terutamanya wanita yang amat sinonim dengan kecantikan. Tapi, tahukah kita apa itu kolagen? Jom, check it out..


Masalah banyak timbul bila kita semakin tua, betul kan? Kulit kerepot la..kedut la..haa..tu belum masuk bahagian lain lagi..
Ini disebabkan kandungan kolagen di dalam badan semakin hari semakin berkurangan seiring dengan peningkatan usia kita..sebab tu muka baby gebu gebass je kan berbanding orang dewasa..Pengurangan kolagen inilah yang menyebabkan kulit menjadi berkedut..

Agak2 korang..penting tak kolagen ni eh?

next entry nanti kita citer pasal kepentingan kolagen pula nak?...tungguuuu =)


~Healthy Nutriverse~
...Beauty is where Health is...