Wednesday, September 24, 2014

Kolagen..Penting ke?


Seperti yang saya janjikan semalam, saya nak citer pasal kepentingan kolagen kat tubuh badan kita..

hmm, agak-agak penting x kolagen nih? ke ratu cantik, artis-artis aje yang perlukan kolagen tambahan? habis kita2 nih? eh?

sebenarnya saya baru tahu yang kolagen ni sangat penting..sejak jadi mak orang nih alertnya terlebih la sket..hehe..xnak nanti hantar anak gi sekolah orang kata hantar cucu..ekeke..pasni hantar anak pun orang kata hantar adik ke..perghh..amacam?

hmm, nanti2 kita citer plak pasal tanda-tanda penuaan..sebelum tu kita tengok dulu sedikit info tentang kepentingan kolagen...sebenarnya banyak sangat kepentingannya kepada tubuh badan kita tapi saya ambil beberapa sahaja untuk tatapan kita hari ni..




Okeh, ni versi panjang lak..

1. Melambatkan proses penuaan:

Kandungan kolagen dalam kulit akan semakin berkurangan disebabkan meningkatnya usia kita..tambahan pula gaya hidup yang sibuk akan mempercepatkan lagi proses penuaan..maka kulit menjadi kering dan kusam dengan mudahnya..Oleh itu, pengambilan 
kolagen secara berterusan dapat membantu kulit untuk menyeimbangkan semula kolagen yang telah berkurangan. 

2. Mengekalkan kelembapan dan mencegah kedutan

Kolagen mempertingkatkan penghasilan sel-sel baru, membantu memelihara dan memulihara keremajaan kulit, melembut dan membuatkan kulit lebih bermaya. Kolagen juga berkesan untuk menghilangkan kedutan pada kulit kita.

3. Memulihkan masalah kulit

Kolagen membantu dalam pertumbuhan sel-sel kulit baru dan menyediakan perlindungan kepada kulit. Kolagen efektif memulihkan parut, pengecutan ephithelium, kedutan dan garis-garis halus.

4. Mengurangkan pigmentasi

Kolagen juga membantu merapatkan sel-sel dan mempercepatkan pembentukan sel-sel baru. Dengan fungsi ini, iadapat mencegah pengumpulan pigmen dan racun, membantu mencerahkan kulit dan mengurangkan pigmentasi.

5. Menyubur dan mencantikkan rambut

Kandungan kolagen dalam lapisan korium merupakan bekalan nutrisi kepada epidermis, rambut dan kuku. Kekurangan kolagen menyebabkan rambut kering dan bercabang, manakala kuku menjadi kusam dan mudah pecah. kehadiran nutrisi dalam kulit kepala sangat penting untuk memelihara kesihatan rambut bagi menjadikan rambut subur dan cantik bermaya.

6. Menegangkan payudara

Payudara sebenarnya terbentuk oleh jaringan-jaringan penyambung dan kumpulan lemak yang berperanan sebagai penyokong bagi pembentukan payudara. Kolagen merupakan komponen utama dari jaringan-jaringan penyambung dan bertindak dengan protein polisakarida untuk membentuk satu jaringan yang kuat untuk menyokong dan menegangkan payudara.

7. Menguatkan tulang

Penyatuan kolagen yang secukupnya adalah penting untuk membentuk kerangka tulang yang kuat. Masalah osteoporosis dan kekejangan kaki adalah berpunca daripada kehilangan kolagen yang membentuk 80% daripada jumlah kepadatan tulang sedangkan kehilangan kalsium, magnesium dan fosforus hanya 20%. Dengan pengambilan kolagen yang mencukupi dapat mengembalikan kepadatan tulang yang normal, dan juga dapat melambatkan osteoporosis.



amacam? agak-agak korang penting x kolagen nih?



banding bezakan antara keduanya..


********************************

~ Healthy Nutriverse ~ 
Beauty is where health is



No comments:

Post a Comment