Saturday, December 20, 2014

8 Ciri Kolagen yang Terbaik dan Selamat



Apa itu kolagen?


Pernah tak anda impikan kulit wajah yang cantik, mulus, ayu, tanpa cela dan sejuk mata memandang? Pastinya YA bukan?

Wajah gebu, anjal dan awet mudah pastinya menjadi dambaan setiap wanita. Kerana itulah ramai wanita sangat prihatin pada penjagaan kulit wajah mereka. Malah, ada yang sanggup menjalani pelbagai prosedur untuk menjadi cantik seperti suntikan vitamin C, botoks dan rawatan lain yang berkemungkinan besar memberikan kesan sampingan kepada kesihatan. 

Sebenarnya ada cara yang selamat, murah dan halal untuk menjadi cantik. Jika tidak mahu memperjudikan kesihatan melalui cara yang mendatangkan kesan sampingan, beralihlah kepada kolagen bagi mendapatkan kulit wajah yang sihat dan awet muda. Pemilihan kolagen ini adalah pilihan yang terbaik dan selamat memandangkan tubuh badan kita juga terdiri daripada 75% kolagen.

Namun yang demikian, bagi memilih kolagen yang terbaik di pasaran, anda perlu perlu memastikan pilihan anda itu mematuhi 8 ciri tersebut:

1- Kolagen yang diambil daripada jenis yang perlu anda makan atau minum bukannya disuntik. Ini untuk memastikan sintesis enzim mengoptimumkan serapan ke dalam tubuh badan anda.

2- Saiz molekul kolagennya bersaiz kecil (1000 dalton) untuk penyerapan yang pantas dan unggul. Microfine saiz membantu penyerapan yang baik kerana saiz ini adalah paling optimum diserap oleh sel, maka setiap kolagen yang diambil akan diserap 100% dan akan memberi kesan yang lebih cepat.

3- Kolagen tersebut mempunyai emollient (pelembap) unggul dan mampu mengunci kelembapan berpanjangan

4- Mempunyai antioksidan yang tinggi yang boleh mengurangkan kesan pra-penuaan.

5- Mempunyai elemen vitamin B-Complex untuk membantu sintesis dan membina kolagen semulajadi tubuh. 

6- Mengandungi glucosamine demi menjaga kesihatan sendi.

7- Mampu merangsang pembentukan asid hyaluronic yang memberi kesan kulit lebih tegang kerana ia berfungsi mengikat kolagen dengan serat yang elastin.

8- Dan yang paling penting kolagen tersebut adalah selamat dan tidak bertoksik 
Pilihan Collagen Terbaik yang Memenuhi Semua Ciri yang Diperlukan

Melihat kepada ciri-ciri kolagen terbaik yang digariskan di atas, Shaklee Collagen Powder adalah satu-satunya produk 100% memenuhi kriteria yang ditetapkan.  Maka tidak mustahil ramai testimonial mengaku dan bersetuju kolagen tersebut berkesan terhadap kulit dan kesihatan. 

Shaklee Collagen Powder didatangkan dalam bentuk yang mudah larut yang dipek dalam bentuk uncang. Pengguna hanya perlu bancuh bersama air dan boleh diminum pada bila-bila masa dan di mana jua tanpa perlu dimasak seperti kebanyakan kolagen lain dipasaran. 

Ia mengandungi 4,000mg proprietari kolagen RSS (Red Snapper Scale), kolagen esktrak sisik ikan merah sebagai bahan utama kerana kemampuan spesies hebat ini bertahan hidup di bawah tekanan tinggi dan bertelur bebas di kedalaman laut sedalam 5,000 meter di samping molekul kolagennya yang ringan (1,000 dalton) yang mudah diserap dermis.

Ia turut diformulasi daripada gabungan tujuh ekstrak bahan hebat seperti ekstrak biji Camelia Japonica, ekstrak biji Pfaffia, elastin kolagen ikan, vitamin C dan Vitamin B, ekstrak kekerang dan Lactobacillus Acidophilus. Produk ini juga ditambah Asid Hyaluronic untuk mengekalkan kelembapan kulit dari elastin yang berperanan menjadikan kulit lebih anjal. 


7 Ramuan Hebat di Dalam 1 Kotak 


HEBAT MEMUTIHKAN KULIT
~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Melalui kajian klinikal, pengambilan produk Shaklee Collagen Powder selama 8 minggu secara teratur mampu memberi tindak balas seperti berikut: 

- Meningkatkan kelembapan kulit sehingga 90 peratus
- Mengurangkan kekasaran dan kekeringan sehingga 75 peratus
- Peningkatan dalam penampilan keseluruhan sehingga 71 peratus
- Meningkatkan kelembapan dan kelicinan sehingga 69 peratus
- Meningkatkan pemakaian kekal mekap sehingga 60 peratus
- Meningkatkan keanjalan, ketegangan, dan elastisiti sehingga 55 peratus
- Meningkatkan ketebalan rambut sehingga 54 peratus
- Meningkatkan keserian, tona dan warna kulit sehingga 50 peratus
- Mengurangkan garis halus dan kedutan sehingga 18 peratus.


Terbukti Berkesan melalui Ujian Klinikal

7 KESAN LANGSUNG PADA FIZIKAL
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~


1- ANTIPENUAAN - mengurangkan liang-liang pori, kedutan & garis halus

2- MENGHIDRATKAN - Melembapkan kulit

3- KEMBALIKAN KEANJALAN KULIT - Kulit lebih tegang dan lembut

4- MELICINKAN - Tingkatkan kelicinan kulit

5- MENYUBURKAN - Menyuburkan rambut dan kuku yang sihat

6- MENCERAHKAN - Mnegurangkan pigmentasi, jerawat dan kulit tidak sekata

7-  MENEGANG - Membantu menegang dan menganjalkan payudara



Kesan dan Faedah Pengambilan Shaklee Collagen Powder

Fakta yang tidak boleh kita elakkan. Semakin kita menua, tubuh kita menghasilkan semakin kurang dan semakin kurang kolagen mengakibatkan lebih banyak kedutan dan garis halus, di samping kulit yang semakin kendur. 


Graf kekurangan kolagen di dalam badan mengikut umur


Umur bukanlah hanya satu faktor yang menyebabkan kekurangan kolagen di dalam tubuh kita. Kerosakan kolagen juga boleh dipercepatkan dengan faktor luaran seperti matahari, radikal bebas di udara, air dan nutrisi, merokok dll.

Lihat kesan akibat kekurangan kolagen dalam badan kita:

Kesan kehilangan kolagen kepada tubuh badan manusia


Justeru itu, Shaklee Collagen Powder mampu membentuk kulit kita mengekalkan elastisiti semulajadi dan memperlahankan kehadiran kedutan.



Kebaikan Kolagen yang akan anda perolehi daripada Shaklee Collagen Powder ini

Ingin tampak lebih muda dan rasa lebih muda dengan Shaklee Collagen Powder ini?

Sepanjang Disember 2014 ini, kami berikan 1 kotak Collagen percuma dengan pembelian 3 kotak Collagen. Cepat, Jangan Lepaskan Peluang Keemasan Ini!!! Hubungi kami segera!


Pengedar Sah Shaklee Anda

Monday, December 15, 2014

8 Punca Rambut Gugur dan Berkelemumur



Adakah rambut anda gugur sebegini setiap kali anda sikat rambut anda?

Cuba anda imbas seketika...setiap kali anda menyapu lantai rumah, ada tak beberapa helai rambut yang anda jumpa? Bagaimana pula semasa anda mandi? Ada tak rambut yang gugur ke lantai semasa anda mencuci rambut anda? Dan apabila anda menyikat rambut, adakah terdapat beberapa helai rambut pada sikat tersebut?

Jika anda selalu berhadapan dengan masalah rambut gugur seperti di atas, anda perlu tahu bahawa terdapat beberapa faktor yang menyebabkan rambut kita gugur..nak tahu tak?

Ok, antara faktor tersebut ialah:

1- Faktor pemakanan:
  • Bahan pengawet yang terdapat di dalam makanan harian boleh menyebabkan masalah keguguran rambut. Pengambilan makanan berproses juga menyebabkan tubuh badan kita sukar menyerap nutrisi secukupnya dan mengakibatkan nutrisi daripada rambut diambil untuk menjalankan fungsi tertentu sehingga menyebabkan kekurangan nutrien. Akibatnya, rambut kekurangan nutrisi seperti zink, zat besi dan protein sehingga mengakibatkan rambut kusam dan gugur.
2- Stres /  tekanan
  • Stres mengakibatkan pelbagai keburukan kepada tubuh badan kita, begitu juga kepada kesihatan rambut. Stres menyebabkan saluran darah tersekat dan ini menyukarkan penyaluran nutrient kepada rambut.
3- Penjagaan rambut yang tidak sempurna
  • Jika inginkan rambut yang sihat, kita harus memilih syampu dan kondisioner yang sesuai dengan rambut dan kulit kepala. Kesilapan memilih boleh memberi risiko seperti rambut mudah rapuh dll. Penggunaan sikat yang kotor dan berhabuk juga boleh merosakkan akar rambut.
4- Perubahan Hormon
  • Wanita yang hamil, melahirkan anak dan menopause terdedah kepada perubahan hormon yang ketara. Hormon yang tidak stabil di dalam badan boleh menyebabkan akar rambut menjadi longgar dan mudah gugur. 
5- Pengambilan Dadah atau Ubat-ubatan tertentu
  • Pengambilan dadah atau ubat-ubatan tertentu seperti ubat mencairkan darah, ubat kolesterol, pil perancang keluarga dll boleh menyumbang kepada keguguran rambut. Malah penyakit itu sendiri contohnya kencing manis, tiroid dll meletakkan tubuh badan di bawah tekanan dan menyumbang kepada keguguran rambut.
6- Faktor Genetik
  • Keguguran rambut boleh diwarisi daripada gen ibu atau bapa namun tidak semuanya berakhir dengan botak. Keadaan yang dikenali sebagai Androgenetic Alopeciani ini boleh bermula pada usia belasan tahun, 20-an atau 30-an. Ia terjadi secara berperingkat bermula daripada kawasan tengah kepala dan mampu merebak ke seluruh kepala. Lebih 80% yang memilih untuk berdiam diri dan menganggap ia berlaku kerana faktor usia sedangkan masalah ini tidak akan melarat jika dirawat daripada awal. 
7- Faktor Persekitaran
  • Terdedah kepada persekitaran yang kotor dan berhabuk boleh mengakibatkan kulit kepala menjadi gatal dan mendapat jangkitan kuman. Sekiranya dibiarkan tanpa rawatan, ruam akan timbul dan bagi kes serius boleh menyebabkan radang kulit dan terdedah kepada kebotakan yang serius. 
 8- Bahan Kimia Berbahaya dalam Produk Rambut
  • Jika diteliti kebanyakan syampu dan perapi di pasaran mengandungi banyak bahan kimia berbahaya kerana pihak pengeluar ingin menghasilkan syampu yang wangi, mempunyai buih yang banyak, bertindak pantas dan murah kerana tidak mahu mengeluarkan kos yang tinggi untuk menggunakan bahan yang selamat kerana kosnya lebih tinggi. Justeru demi ingin mengaut keuntungan produk mereka, penggunaan bahan kimia yang murah kosnya digunakan tanpa memikirkan kesan sampingan kepada para pengguna. Hasilnya, produk yang menepati hasil diimpikan dapat dihasilkan dengan harga yang murah. Barang murah dan berkesan, siapa mahu menolaknya bukan? tanpa diselidiki intipati disebaliknya..Selain itu, bagi mereka yang gemar mewarnakan rambut dan gemar meluruskan rambut, penggunaan bahan kimia yang digunakan boleh merosakkan rambut hingga ke peringkat akar. kesannya, rambut gugur sebelum masanya. 
Anda ingin memiliki rambut yang sihat, namun takut dengan kandungan bahan kimia di dalam sebotol syampu? Kerana itulah kita perlu mengetahui bahan-bahan yang harus dihindari ketika memilih syampu. Rambut memerlukan rawatan khusus dan bebas daripada bahan kimia berbahaya. Antara bahan kimia berbahaya yang selalu ada di dalam sebotol
syampu dan perapi di pasaran ialah sodium lauryl,diethanolamine, momoethanolamine, triethanolamine, parabens, formaldehyde, isopropyhl alcohol, propylene glycol, sodium lauryl sulphate (SLS) & sodium laureth sulphate (SLES). Bahan-bahan kimia ini amat berbahaya dan boleh memberikan keburukan kepada tubuh badan manusia seperti menyebabkan ketidakseimbangan hormon, iritasi kulit kepala, sakit kepala, masalah katarak, menganggu saraf, lelah, alergi dan menganggu proses biologi tubuh. 

Setelah mengetahui keburukan-keburukan bahan kimia ini, masihkah anda ingin kekal dengan produk tersebut? Adakah anda ingin mencari penyelesaian kepada syampu anda dengan memilih produk yang bebas daripada bahan-bahan kimia berbahaya itu? Jika YA, kami di Healthy Nutriverse ingin berkongsi dengan anda mengenai syampu dan kondisioner yang bebas daripada bahan-bahan kimia berbahaya. 

REVITALIZING SHAMPOO

REPLENISHING CONDITIONER

PURIFYING SHAMPOO

LIGHTWEIGHT CONDITIONER

NOURISHING SCALP TREATMENT

 
LONG LASTING FINISHING SPRAY


Dengan penggunaan set penjagaan rambut ProSante yang berterusan, faedah berikut dapat diperolehi:

Kebaikan Set Prosante Shaklee


Menjaga rambut tidak cukup dengan hanya bersyampu dan berkondisioner sahaja. Kulit kepala juga memerlukan perapian dan vitamin yang cukup untuk ia kekal sihat tanpa masalah seperti kelemumur, kegatalan, gugur dan jangkitan kuman. Amalan pemakanan yang seimbang amat penting kerana diet yang tidak sihat dan kurang protein akan menjadikan rambut lemah dan mudah gugur. Banyakkan pengambilan zat seperti protein dan zink kerana ia boleh menyihatkan rambut. Untuk itu, Healthy Nutriverse mencadangkan set penjagaan rambut dari dalaman seperti:

Penjagaan rambut dari dalam..

Telah ramai yang memberi feedback yang positif setelah mencuba set penjagaan rambut ini. Jom kita lihat testimoni-testimoni mereka:








Sekiranya anda berminat untuk memilih rawatan rambut yang bebas daripada bahan kimia berbahaya ini, anda bolehlah menghubungi kami di talian berikut. 

Pengedar Sah Shaklee Anda

Anda mempunyai masalah kelemumur? rambut gugur? atau kedua-duanya sekali? jangan risau, kami akan mencadangkan set penjagaan rambut yang sesuai dengan masalah anda. Anda boleh memilih untuk mencuba set lengkap yang disyorkan mahupun set bajet mengikut pilihan-pilihan tertentu. Mudah bukan? Apa tunggu lagi, hubungi kami sekarang untuk tampil lebih yakin dan ceria dan pastinya lebih selesa..



healthy nutriverse,
beauty is where health is...



Friday, December 5, 2014

20 SEBAB MENGAPA SI DIA MENJADI PILIHAN


Hi, semalam kami di group Telegram kami iaitu Group Inspirasi Legacy di bawah master Hafsah Mardhiah telah sembang-sembang diskas-diskas mengenai satu tajuk yang menjadikan 2 jam kami sangat pantas berlalu. Kami seramai 200 members di telegram masing-masing khusyuk mendengar kelas online kami..saya hanya baring-baring santai atas katil sambil menemani anak-anak bermain dengan lego mereka..sambil saya tengok handphone sambil ligat tangan ini menaip entry ini..
Jadi untuk entry kali ni saya ingin berkongsi input-input hasil kelas online tersebut..Jemput baca untuk anda mengetahui..

Tajuk: Kenapa Saya Pilih Shaklee?
Oleh: Kaklong Nuzula (Key Coordinator)
Tarikh: 3 Disember 2014
Masa: 10 malam
Tempat: Online @ Inspirasi Legacy Telegram

1-            KeKUATan Produk
Sesuatu produk kena kuat, kena hebat..sebab kita bisnes berasaskan produk. Shaklee mempunyai produk yang hebat. Ciri-ciri suplemen yang baik ada pada Shaklee. Produk Shaklee berasaskan bahan semulajadi, melalui kajian terperinci dan ujian yang ketat, berdaftar dengan KKM dan yang paling penting disahkan halal. Company Shaklee dah lebih 57 tahun dah..malah produk Shaklee dah berusia hampir 100 tahun. Vitalea dihasilkan pada tahun 1915 lagi. Jadi, Shaklee ada produk yang hebat. Bagi saya, kalau bukan kerana kekuatan pada produk, Shaklee tak dapat bertahan lama. Kita juga MLM yang betul. MLM yang betul/bisnes yang betul sepatutnya kena ada produk ataupun perkhidmatan. Berbillion telah diperuntukkan untuk research. Sebab tu tagline Shaklee adalah The Shaklee Difference ~ Always Safe ~ Always Works ~ Always Green

2-            Sebab COMPANY itu sendiri

Shaklee adalah syarikat yang mempunyai kredibiliti dan integriti yang tinggi. Sudah 57 tahun, dah established. Itu sebabnya Shaklee pernah disenaraikan dalam top company di US. Antara contoh integriti Shaklee ialah bayar bonus tetap pada tarikh, bertanggungjawab pada setiap isu yang timbul, marketing plan yang sangat mementingkan manfaat pengedarnya, bagi bonus besar, cash, car bonus, convention. Kalau international trip 6 star, Victor (Presiden Shaklee Malaysia) sendiri akan pergi test hotel, tilam, kopi, shower dan pergi lawati semua tempat-tempat yang akan dilawati sebelum trip sebenar sebab Shaklee nak bagi yang terbaik malah banyak suprise gift menyusul setiap kali mereka pulang ke hotel tempat mereka menginap.

Roger Barnett sendiri peruntukkan beberapa juta untuk buat research ke atas Shaklee sebelum beliau membeli Shaklee dan akhirnya beliau membeli Shaklee. Itu menunjukkan Shaklee bukan company biasa-biasa sebab billionaire sanggup beli untuk memilikinya.

Shaklee juga boleh pergi jauh..kalau ia boleh bertahan 57 tahun, tak mustahil boleh bertahan untuk 100 tahun lagi sebab produknya yang evergreen..sepanjang zaman..kan ada je banyak produk di pasaran yang semusim/bermusim..lepas tu takde...berbeza dengan Shaklee..dari dulu sampai sekarang orang sentiasa guna, sentiasa makan..

3-            Sistem yang ADIL dan TERBUKTI

Yang paling penting sistemnya patuh syariah. Shaklee bukan piramid. Ia sistem yang adil..siapa usaha dia akan dapat..siapa tak usaha..tak dapatlah..pasal patuh syariah tu boleh baca panduan MLM oleh Ustaz Zaharuddin dan JAKIM. Shaklee tepati semua syarat-syarat untuk suatu MLM tu patuhi syariat.

Kenapa Shaklee tak collapse setelah sekian lama? Ia kerana Shaklee ada produk, berasaskan produk. Shaklee tak jual keahlian/apa-apa pelan tapi sebab Shaklee memang ada produk, sentiasa ada customer walaupun selain members. Sebab keduanya ialah sistem, marketing plan yang adil. Ia bukan piramid yang berasaskan cari orang untuk naik pangkat..Shaklee tidak menjual keahlian mahupun pangkat..


4-            Shaklee bayar BONUS yang TINGGI pada pengedarnya

Shaklee bayar 50% daripada keuntungan syarikat ( 1 ciri syarikat yang baik) kepada pengedarnya. Selain itu, banyak sangat manfaat dan insentif yang ditawarkan oleh Shaklee kepada pengedarnya seperti cash bonus, car bonus dan convention. Sehingga kini, Shaklee dah bayar ±20 billion USD (if not mistake) untuk pengedarnya.

5-            Bisnes yang boleh diwariskan pada anak cucu
So, apa yang kita usahakan hari ini takkan sia-sia. Kita membina legasi untuk diwariskan kepada anak dan cucu kita nanti. Shaklee memang suruh kita buat company bila dah capai tahap master nanti. Biasanya, bonus dalam 20K geng-geng master dah buka company masing-masing. Katakan kalau ada apa-apa yang berlaku, company tersebut boleh diwariskan kepada anak-anak kita tanpa perlu mereka bermula daripada bawah semula. Sekurang-kurangnya kita tinggalkan aset untuk anak-anak kita. Cuba fikir, kalau kerja engineer, doktor dll, dapatkah kita wariskan pekerjaan itu pada anak cucu kita? Tak dapat kan? Anak kita kenalah bermula daripada bawah semula.
Selain itu, satu ID Shaklee adalah untuk suami dan isteri (Kalau single, adik beradik pun boleh). Kalau ditakdirkan salah seorang ‘pergi’ dulu, yang sorang lagi boleh meneruskan bisnes Shaklee. Maksudnya bonus tu boleh terus dapat kepada pasangan yang masih hidup..

6-            INCOME yang TIDAK TERHAD / unlimited income
Bonus Shaklee boleh menjadi passive income dan pelan untuk persaraan. Berpencen dengan Shaklee. Retire Young Retire Rich!

7-            Bisnes produk kecantikan dan kesihatan adalah antara bisnes yang TERBAIK.
Industri yang bernilai billion dolar, termasuk Malaysia. Kan, antara 10 bisnes terbaik antaranya bisnes produk kecantikan dan kesihatan. Jadi kita berada dalam industry yang ‘laku keras’..melahirkan ramai jutawan.
Seperti yang dipetik daripada ebook Produk Laku Keras dan Tinggi Margin oleh Faisal Abdullah (Jutawan Internet Marketing), 4 kategori industri yang terbukti laris sejak ratusan tahun dulu..Manusia mempunyai keperluan asas. Kita tidak dapat hidup waras tanpa keperluan ini. Jika anda jual produk daripada kategori ini, In Sha Allah bisnes anda boleh bertahan lama. Kategori 4K itu ialah:
i-                    Kerohanian
ii-                   Kesihatan/kecantikan
iii-                 Kewangan
iv-                Kekeluargaan & kehidupan (lifestyle)
Shaklee adalah produk kecantikan dan kesihatan. So, kita berada di dalam industri yang terbaik dan sangat ‘wanted’ sekarang. Atas sebab inilah saya yakin dengan Shaklee..siap ada kajian dan jurnal penerbitan lagi..

8-            Kita tidak perlukan MODAL.
Kita tidak perlu buat pinjaman bank dan tidak perlu berhutang dengan sesiapa. Kita boleh memulakan bisnes Shaklee dengan zero modal. Ini memang terbukti..sebab ramai yang mula dengan zero modal. Ada yang kumpul order kawan-kawan dan mendapat free membership..memang tak perlu bayar yuran keahlian. Kalau yang bayar pun keahlian hanyalah rm65 sahaja..tak perlu buat loan bagai..

9-            Boleh dilakukan 100%  dari rumah. HOME-BASED business.

10-         TAK perlukan PREMIS perniagaan.
Boleh online di mana sahaja, pun boleh jadi jutawan. Tak perlu sewa kedai, kiosk dll. Kan mahal nak sewa kedai..Boleh dilakukan ketika berada di rumah, ketika bercuti, dalam wad dll..Ini adalah bisnes paling baik buat suri rumah tanpa perlu keluar rumah. WOW!

11-         TAK perlu simpan STOK yang banyak.

Takde stok langsung pun takpe. Orang nak produk, kita order pakai jari je klik..klik.. dan Shaklee akan uruskan penghantaran hingga ke pintu rumah customer..sangat mudah..website dan sistem online pun dah disediakan.          

12-         Hampir TIADA RISIKO rugi, barang rosak, tak laku dsb.

Biasanya dalam bisnes, high risk high return..tapi Shaklee..No risk tapi high return..mana nak cari kan..

13-         Kalis recession (kalis kemerosotan ekonomi)
Dalam suasana ekonomi yang tak best, banyak bisnes tutup/lingkup..tapi Shaklee bertahan..sebab kesihatan adalah keperluan bukan kehendak. Dalam keadaan ekonomi bagus atau tidak, orang tetap akan beli, orang tetap perlukan suplemen dan produk kesihatan dan kecantikan, orang tetap nak sihat..

14-         Peluang perniagaan online yang sangat besar.
Ada kajian  oleh SKMM dan Paypal berkenaan peningkatan pembeli online dan nilai yang dibelanjakan secara online meningkat sehingga berbillion ringgit. Daripada kajian seorang pensyarah di Malaysia, bisnes online lahirkan paling ramai jutawan. Apa kaitannya dengan Shaklee? Ya, Shaklee boleh dibuat 100% secara online, lebih-lebih lagi kita ada online system.

15- Syarat untuk berjaya dalam bisnes adalah M.E.S.T.I (Mentor, Elmu, Sistem, Tindakan, Impian)
Dalam Shaklee kita dah ada mentor dan sistem yang dah tersedia. Ilmu pun banyak, tinggal lagi tindakan dan impian je..

16- Shaklee menyumbang kepada kepimpinan alam sekitar sejak 5 dekad yang lalu.
Shaklee adalah syarikat pertama di dunia yang memperolehi pensijilan ‘Climate neutral’. Dengan menyokong Shaklee, kita menyokong usaha untuk menjaga alam sekitar. Salah satu motto Shaklee kan Always Green..

17- MLM pahala
Shaklee bukan sahaja MLM biasa tapi boleh jadi MLM pahala, boleh jadi amal yang berpanjangan (ilmu yang kita ajar pada orang lain)..ilmu yang kita perturunkan pada anak cucu kita..diaorang pun perturunkan pada anak cucu diaorang lagi..berpanjanganla maknanya..selain tu, bila dah master dah buat company nanti..kita boleh buat wasiat..boleh allocate, sebagai contoh 50% untuk infaq. Jadi..bila kita dah takde pun boleh terus memberi..boleh jadi amal yang berpanjangan..pahala berpanjangan..Master kami pun infaq 5 angka setiap bulan hasil daripada bonus mereka..

18- Income yang berpanjangan..walaupun kita dah takde di dunia ni..
19- Donald Trump dan Robert Kiyosaki pun sokong MLM..Dato’Azizan Osman (DAO) pun sokong MLM..justeru, kenapa kita tidak?
        Boleh refer buku Why We Want To Be Rich

20- Suplemen Shaklee sebagai alternatif kepada ubatan kimia dan drugs..
Shaklee jauh lebih selamat daripada ubat yang ada banyak kesan sampingannya. Shaklee untuk mencegah..kerana mencegah lebih baik daripada mengubati..

Sharing kami malam tadi diakhiri dengan kata-kata daripada Kaklong Nuzula..

            “Shaklee tawarkan peluang bisnes dan kerjaya sepanjang hayat. Malah income Shaklee diwariskan pada anak cucu. Dekat US dah sampai 5 generasi buat bisnes Shaklee..daripada nenek moyang dia dulu, sampai la generasi hari ini..so ini adalah terbukti dan memang tidak mustahil. Ada seorang master berbangsa cina (Master Law) nak wariskan income bisnes Shakleenya pada pertubuhan kebajikan kanak-kanak apabila beliau dah takde nanti. Beliau sudah bertaraf jutawan Shaklee dan merupakan cancer survivor. Apa salahnya kita (orang  Islam) pun punya cita-cita yang sama..mahu menyumbang sebanyak-banyaknya untuk dakwah dan perjuangan Islam? Menjadi passive income (amal yang berpanjangan) walaupun kita dah takde di dunia ini. Ini adalah TIDAK MUSTAHIL. Saya melihat peluang Shaklee bukan semata-mata untuk kehidupan dunia ini..tapi untuk kehidupan selepas mati juga. Tu belum lagi ilmu yang diperturunkan kepada anak cucu, generasi bergenerasi..semoga menjadi MLM PAHALA..amal yang berpanjangan. In Sha Allah..”

Credit & big thanks to Kaklong Nuzula @ Inspirasi Legacy di atas perkongsian beliau untuk kelas online kami..

Dengan 20 sebab-sebab kukuh itu, mengapa saya harus melepaskan peluang keemasan ini kan?

Healthy nutriverse,
Beauty is where health is.