Monday, December 15, 2014

8 Punca Rambut Gugur dan Berkelemumur



Adakah rambut anda gugur sebegini setiap kali anda sikat rambut anda?

Cuba anda imbas seketika...setiap kali anda menyapu lantai rumah, ada tak beberapa helai rambut yang anda jumpa? Bagaimana pula semasa anda mandi? Ada tak rambut yang gugur ke lantai semasa anda mencuci rambut anda? Dan apabila anda menyikat rambut, adakah terdapat beberapa helai rambut pada sikat tersebut?

Jika anda selalu berhadapan dengan masalah rambut gugur seperti di atas, anda perlu tahu bahawa terdapat beberapa faktor yang menyebabkan rambut kita gugur..nak tahu tak?

Ok, antara faktor tersebut ialah:

1- Faktor pemakanan:
  • Bahan pengawet yang terdapat di dalam makanan harian boleh menyebabkan masalah keguguran rambut. Pengambilan makanan berproses juga menyebabkan tubuh badan kita sukar menyerap nutrisi secukupnya dan mengakibatkan nutrisi daripada rambut diambil untuk menjalankan fungsi tertentu sehingga menyebabkan kekurangan nutrien. Akibatnya, rambut kekurangan nutrisi seperti zink, zat besi dan protein sehingga mengakibatkan rambut kusam dan gugur.
2- Stres /  tekanan
  • Stres mengakibatkan pelbagai keburukan kepada tubuh badan kita, begitu juga kepada kesihatan rambut. Stres menyebabkan saluran darah tersekat dan ini menyukarkan penyaluran nutrient kepada rambut.
3- Penjagaan rambut yang tidak sempurna
  • Jika inginkan rambut yang sihat, kita harus memilih syampu dan kondisioner yang sesuai dengan rambut dan kulit kepala. Kesilapan memilih boleh memberi risiko seperti rambut mudah rapuh dll. Penggunaan sikat yang kotor dan berhabuk juga boleh merosakkan akar rambut.
4- Perubahan Hormon
  • Wanita yang hamil, melahirkan anak dan menopause terdedah kepada perubahan hormon yang ketara. Hormon yang tidak stabil di dalam badan boleh menyebabkan akar rambut menjadi longgar dan mudah gugur. 
5- Pengambilan Dadah atau Ubat-ubatan tertentu
  • Pengambilan dadah atau ubat-ubatan tertentu seperti ubat mencairkan darah, ubat kolesterol, pil perancang keluarga dll boleh menyumbang kepada keguguran rambut. Malah penyakit itu sendiri contohnya kencing manis, tiroid dll meletakkan tubuh badan di bawah tekanan dan menyumbang kepada keguguran rambut.
6- Faktor Genetik
  • Keguguran rambut boleh diwarisi daripada gen ibu atau bapa namun tidak semuanya berakhir dengan botak. Keadaan yang dikenali sebagai Androgenetic Alopeciani ini boleh bermula pada usia belasan tahun, 20-an atau 30-an. Ia terjadi secara berperingkat bermula daripada kawasan tengah kepala dan mampu merebak ke seluruh kepala. Lebih 80% yang memilih untuk berdiam diri dan menganggap ia berlaku kerana faktor usia sedangkan masalah ini tidak akan melarat jika dirawat daripada awal. 
7- Faktor Persekitaran
  • Terdedah kepada persekitaran yang kotor dan berhabuk boleh mengakibatkan kulit kepala menjadi gatal dan mendapat jangkitan kuman. Sekiranya dibiarkan tanpa rawatan, ruam akan timbul dan bagi kes serius boleh menyebabkan radang kulit dan terdedah kepada kebotakan yang serius. 
 8- Bahan Kimia Berbahaya dalam Produk Rambut
  • Jika diteliti kebanyakan syampu dan perapi di pasaran mengandungi banyak bahan kimia berbahaya kerana pihak pengeluar ingin menghasilkan syampu yang wangi, mempunyai buih yang banyak, bertindak pantas dan murah kerana tidak mahu mengeluarkan kos yang tinggi untuk menggunakan bahan yang selamat kerana kosnya lebih tinggi. Justeru demi ingin mengaut keuntungan produk mereka, penggunaan bahan kimia yang murah kosnya digunakan tanpa memikirkan kesan sampingan kepada para pengguna. Hasilnya, produk yang menepati hasil diimpikan dapat dihasilkan dengan harga yang murah. Barang murah dan berkesan, siapa mahu menolaknya bukan? tanpa diselidiki intipati disebaliknya..Selain itu, bagi mereka yang gemar mewarnakan rambut dan gemar meluruskan rambut, penggunaan bahan kimia yang digunakan boleh merosakkan rambut hingga ke peringkat akar. kesannya, rambut gugur sebelum masanya. 
Anda ingin memiliki rambut yang sihat, namun takut dengan kandungan bahan kimia di dalam sebotol syampu? Kerana itulah kita perlu mengetahui bahan-bahan yang harus dihindari ketika memilih syampu. Rambut memerlukan rawatan khusus dan bebas daripada bahan kimia berbahaya. Antara bahan kimia berbahaya yang selalu ada di dalam sebotol
syampu dan perapi di pasaran ialah sodium lauryl,diethanolamine, momoethanolamine, triethanolamine, parabens, formaldehyde, isopropyhl alcohol, propylene glycol, sodium lauryl sulphate (SLS) & sodium laureth sulphate (SLES). Bahan-bahan kimia ini amat berbahaya dan boleh memberikan keburukan kepada tubuh badan manusia seperti menyebabkan ketidakseimbangan hormon, iritasi kulit kepala, sakit kepala, masalah katarak, menganggu saraf, lelah, alergi dan menganggu proses biologi tubuh. 

Setelah mengetahui keburukan-keburukan bahan kimia ini, masihkah anda ingin kekal dengan produk tersebut? Adakah anda ingin mencari penyelesaian kepada syampu anda dengan memilih produk yang bebas daripada bahan-bahan kimia berbahaya itu? Jika YA, kami di Healthy Nutriverse ingin berkongsi dengan anda mengenai syampu dan kondisioner yang bebas daripada bahan-bahan kimia berbahaya. 

REVITALIZING SHAMPOO

REPLENISHING CONDITIONER

PURIFYING SHAMPOO

LIGHTWEIGHT CONDITIONER

NOURISHING SCALP TREATMENT

 
LONG LASTING FINISHING SPRAY


Dengan penggunaan set penjagaan rambut ProSante yang berterusan, faedah berikut dapat diperolehi:

Kebaikan Set Prosante Shaklee


Menjaga rambut tidak cukup dengan hanya bersyampu dan berkondisioner sahaja. Kulit kepala juga memerlukan perapian dan vitamin yang cukup untuk ia kekal sihat tanpa masalah seperti kelemumur, kegatalan, gugur dan jangkitan kuman. Amalan pemakanan yang seimbang amat penting kerana diet yang tidak sihat dan kurang protein akan menjadikan rambut lemah dan mudah gugur. Banyakkan pengambilan zat seperti protein dan zink kerana ia boleh menyihatkan rambut. Untuk itu, Healthy Nutriverse mencadangkan set penjagaan rambut dari dalaman seperti:

Penjagaan rambut dari dalam..

Telah ramai yang memberi feedback yang positif setelah mencuba set penjagaan rambut ini. Jom kita lihat testimoni-testimoni mereka:








Sekiranya anda berminat untuk memilih rawatan rambut yang bebas daripada bahan kimia berbahaya ini, anda bolehlah menghubungi kami di talian berikut. 

Pengedar Sah Shaklee Anda

Anda mempunyai masalah kelemumur? rambut gugur? atau kedua-duanya sekali? jangan risau, kami akan mencadangkan set penjagaan rambut yang sesuai dengan masalah anda. Anda boleh memilih untuk mencuba set lengkap yang disyorkan mahupun set bajet mengikut pilihan-pilihan tertentu. Mudah bukan? Apa tunggu lagi, hubungi kami sekarang untuk tampil lebih yakin dan ceria dan pastinya lebih selesa..



healthy nutriverse,
beauty is where health is...



No comments:

Post a Comment