Sunday, November 30, 2014

Ho..ho..ho..balik kampung..

Hi..

Hari ni kami bermusafir ke kampung sebelah suami iaitu ke Pasir Mas, Kelantan..

Perjalanan yang jauh dengan pemandangan yang lebih kurang sama je..heee..sebab pemandangan atas highway kan sepesen je..pokok manjang..betul x..jadi baik ku update blog..sambil2 zikir ya wahhab sebanyak yang boleh..

Anak-anak sangat well behave..si kakak layan keropok kegemarannya, keropok ikan..si adik telah lena..senang kerja mama..bolehla mama atur strategi untuk bisnes mama bulan ni..ekekeke..

Yang kesiannya tentulah encik driver..terpaksa melayan hati dan perasaan sendiri..kikiki..time dia mengantuk je ku akan offer untuk drive..limited offer gitu..kalau ku drive susah sket..sebab si baby nak melekat dengan mamanya..maklumlah walau dah 1 tahun 4 bulan masih mengempeng..susu ibu menjadi pujaan..

Kalau bermusafir ni yang paling dasyat adalah sesi makan kot..pantang nampak mau dibeli..pantang singgah rnr adalah buah tangan yang akan dibawa masuk ke dalam kereta..kadang-kadang tujuan berhenti hanyalah untuk buang air sahaja tapi tak sah kalau tak buat transaksi..hoho..sebab tu ku respek kat seorang kawan ni..dia haramkan sebarang aktiviti makan minum dalam keretanya..mesti 5 star kondisi keretanya kan..kereta prebe ku ni macam rumah bergerak kot..ke dapur bergerak..haha..

Oh, sebelum ku lupa..nak bagitahu yang promosi bulan ni adalah vitamin C plus dan vitamin E..haa..orang yang jaga kulit memang x miss dua jenis vitamin hebat ni..kalau korang beli 6, ku beri percuma 1 botol..hoho..giler kentang hebat..eh, beli 2 pun ku beri diskaun 5%..amacam?

Berblog guna handphone ni entry pendek2 jela ye..nanti kita sambung lagi..jangan lupa makan vitamin tau..ingat taglineku...beauty is where health is..k bai..

Healthy nutriverse,
Beauty is where health is..

Wednesday, November 26, 2014

Gemilang UPSR 2014




Alhamdulillah...syukur Ya Allah...

Hanya itu yang terucap di saat keputusan UPSR diumumkan pagi tadi, lebih kurang jam 10.30 pagi.

Kami guru-guru menanti dengan penuh debaran sejak pagi lagi..
Setiausaha Peperiksaan dan Guru Besar kami berada di JPWPP untuk mengambil keputusan rasmi daripada Pengarah..Memang bikin hati berdebar-debarlah..

Pengarah JPWPP dan Guru Besar

Suasana di dewan sekolah kami dipenuhi pelbagai emosi. Ada yang berdebar-debar, ada yang takut dan juga selamba aje..huhu..Saya yang hanya mengajar kelas tambahan murid-murid tahun 6 ni pun berdebar-debar apatah lagi guru-guru yang mengajar..tentu dup dap dup dap semuanya.

suasana dewan sebelum keputusan diumumkan
Makan tetap makan..heee

Tak lama kemudian, Guru Besar bersama guru-guru pentadbir datang ke dewan..fuhhh..mulalah masing-masing berpeluh-peluh..Adakah berita gembira atau sedih bakal menyusul?

Guru Besar dah sampai...

Akhirnya...Guru Besar mengumumkan keputusan rasmi UPSR sekolah kami..jeng..jeng..jeng..


GB tengah berucap..

Haa..apakah maksud di sebalik senyuman itu..

Guru-guru apa lagi...serbuuuuu...


Guru tak sabar tengok result anak murid masing-masing...

Syukur sangat dengan keputusan UPSR kali ini. Terdapat peningkatan yang sangat bermakna buat kami. 

Seramai 17 orang mendapat 5A, 14 orang mendapat 4A, 10 orang mendapat 3A dan 20 orang mendapat 2A. GPMP kami daripada 2.0 pada tahun lepas meningkat kepada 1.75. Kedudukan kami berada di ranking ke-5 daripada 13 buah sekolah berbanding tahun lepas di tempat kedua tercorot..

Tahniah kepada semua guru, ibu bapa dan murid yang berusaha dengan penuh iltizam. Buat anak-anak murid Tahun 6, semoga UPSR ini menjadi titik permulaan sejarah kegemilangan kalian. Teruskan melangkah dengan penuh yakin. Cabaran kalian baru sahaja bermula. Tempuhi dan harunginya dengan ilmu dan iman. Semoga kalian berjaya di dunia lebih-lebih lagi di akhirat kelak!

Wajah-wajah anak murid yang berjaya memperoleh 5A. Tahniah!


Healthy Nutriverse,
Beauty is where health is..

Wednesday, November 19, 2014

Zikir 1000x tanpa sedar!

Nak share dengan korang cara berzikir yang mudah dan pantas.

Nak tau x?

Sebelum ni berzikir guna tasbih jarang2 sekali..lau pakai mulut je sekerat jalan dah lost..haha..sekarang saya dah jumpa solution yang saya sangatlah suka..

Dengan Tasbih Digital, sangat mudah nak berzikir..sambil drive, sambil buat kerja even tengah meeting pun..

Yang bestnya kita dapat lihat berapa bilangan yang telah kita buat..tengok2 dah 1000x..wah! X sangka..sebelum ni kemain susah nak berzikir. Sekarang boleh berzikir di mana-mana sahaja dan pada bila-bila masa sahaja..takde alasan lagi..

Harganya pula sangatlah murah..Rm5 je..tapi pahala yang kita dapat kerana berzikir sangatlah besar ganjarannya. Oh, sangatlah membantu saya yang lagha ni..

Juga boleh dibeli secara online..cuba lawati laman web www.hidayah.com.my...walaupun nama saya tapi bukan company saya pun..hehe..mudah2an di masa akan datang ye..amiiiinnnn...korang aminkan sekali tau..

Group kami sentiasa menekankan amalan rohani..antaranya berzikir Ya Wahhab sebanyak 300x pagi, tengahari dan petang..sebelum ni selalu termiss..so sekarang bila tasbih tu selalu di jari..ia memudahkan saya..juz tekan butang pada jari ikut jumlah zikir..sekali sebut sekali tekan..tasbih tu elok je terlekat kat jari cam cincin..oh..sangatlah mudah..

Sekian perkongsian saya..jumpa lagi di lain entry..tata...

Healthy nutriverse,
Beauty is where health is..

Tolong! Mejaku diserang tikus!!




tikus pun ulat buku tau

Wah, tikus pun baca buku..ni kes tikus yang bersekolah..sebab kes tikus ni di sekolahku..mesti tikus ni bijak kan..dah tiap2 hari ke sekolah..

Habis meja guru-guru diserang tikus..kalau korang tengok tikus..erkk..bukan yang secomel dalam gambar si atas tuh..rupa dia hitam..besar..mata cam nak menerkam je gayanya dan lari gerak cam pelesit..geliiiii...

Entah datang dari mana ntah tikus-tikus ni..sebelum ni xde tau..tahun ni muncul tanpa diundang..kurasa dek kerana kawasan yang agak berhutan di sebelah sekolahku dah dicerobohi oleh pihak yang ingin mendirikan pembangunan..maka tikus-tikus ni terancam dan lari menyelamatkan diri..memandangkan sekolahku berada di sebelah habitat diaorang maka berpindahla diaorang mencari perlindungan..kot-kot lah..kesian plak kan..

Bilik  guru kitaorang memang banyak makanan..almaklumlah suka makan..heee..
Banyak stok makanan dan minuman di pantry, dalam laci-laci guru dan hamper-hamper makanan untuk hadiah murid-murid..memang heavenlah korang wahai si tikus..

Kami mulanya x perasan pun..tapi bila ternampak kesan gigitan tikus pada kulit hadiah..haaa..memang kecohlah masa tu..habis musnah hamper idaman..cewah..terus survey laci-laci di pantry..habis semua stok makanan dan minuman yang menjadi mangsa tikus..yang musykilnya camne tikus ni beroperasi dengan cekap ye..air kotak contohnya..hanya ada sedikit bekas gigitan tikus tapi air kotak tu habis licin tanpa sebarang baki dan sebarang tanda-tanda tumpahan..perghh..memang FBI la tikus ni..

Guru-guru pun check sume laci diaorang..habis surat2 penting, sijil2 penting yang menjadi mangsa..menangis x berlagu la jawabnya..kuikuikui..

Sakan kami bersihkan laci kami..bukan apa..takut ada air kencing tikus..kan bahana kencing tikus ni sehingga membawa kematian..nauzubillah..

Bau tu x usah nak diceritakanlah..memang terlajak harum..kami sume pakai mask..kalah time jerebu..Sental punyalah sental..ada yang kami terus buang..kalau laci, meja dan kerusi xkan nak buang plak..bankrap!

Korang ada x cadangan bagaimana nak bagi tikus ni x datang dah kacau kitaorang? Macam-macam juga yang kami lakukan..tabur lada hitamlah..letak daun pandanlah..yang kelakarnya daun pandan tu siap diaorang buat ulam..xdenya nak takut..hish..kebal bebenor ye..

Lastly, saya cuba letak arang..mana nak cari arang kat Putrajaya ni..ada kot..tapi lagi senang kuguna pewangi arang ni..wangi pun wangi..dan perasan jugakla yang tikus dah x kacau mejaku..huhu..

ni la rupa pewangi arang tu..

Charcoal deodorizer
meh daku close up sket..

Kanan tu pewangi..kiri tu kotak dia..
yang best bukan sahaja tikus dah x datang melawat mejaku..mejaku berbau harum je manjang..huhu..

Ni description belakang kotak..kot-kotla korang nak baca..


ia juga menyerap bau busuk tau..
Ni idea kawanku yang baru balik melancong dari China..agaknya orang sana cerita kot..heee..

Charcoal Deodorizer jenama Farcent ini dibeli di Carrefour kat Alamanda..RM28 kalau x silap..

Kuletak pewangi ni atas mejaku..cantik pun cantik..wangi pun wangi..


Pewangi mejaku yang bersepah

kalau korang ada idea yang lebih baik..silalah komen ye..tq sooo much!


Healthy Nutriverse,
beauty is where health is




Tuesday, November 18, 2014

PETUA HILANGKAN KAHAK/HINGUS





Bila anak sakit, ibu bapalah yang paling risau tentang keadaan mereka..anak-anak akan merengek meragam kerana badan mereka tidak sihat..

Pada pendapat korang, siapakah yang paling risau..ibu atau bapa? Biasa mak-mak ni akan risau lebih sikit kan..ayah-ayah ni dia pandai cover..cool manjang..ye x?

Apa yang korang lakukan jika anak korang batuk/selsema? Terutama kepada anak yang berusia 2 tahun ke bawah.. Ingat, ubat batuk dan selsema tidak sesuai diberikan kepada kanak-kanak berusia bawah 2 tahun. Kementerian Kesihatan Malaysia juga tidak membenarkan penggunaan ubat-ubat batuk dan selsema bagi kanak-kanak di bawah umur 2 tahun sejak tahun 2007 (Dr. Yap Hsiao Ling). Ubat demam masih boleh diberi mengikut sukatan yang disyorkan oleh doktor berdasarkan umur dan berat kanak-kanak.

Jadi bagaimanakah cara untuk ibu-ibu dan bapa-bapa menangani masalah batuk/selsema di kalangan anak-anak kecil ini?

Di sini, ada beberapa petua moden dan tradisional yang boleh kita cuba bila anak diserang batuk dan selsema..bergantung kepada kesesuaian..tapi bila guna natural remedies ni kita kenalah sabar sikit ye..jangan harapkan terus baik dalam masa 24jam..sabar dan konsisten..boleh? sekurang-kurangnya ia berkurangan dari masa ke masa..

Jika anda ke klinik/hospital, rawatan yang diberikan biasanya adalah seperti:

1. Titisan hidung dengan air garam (nasal saline drops) untuk selsema

gambar contoh

gambar contoh

2. Gas nebulizer



Berfungsi mencairkan kahak. kahak tersebut akan keluar melalui najis atau muntah..biasanya anak kecil akan meronta-ronta ketika proses ini dilakukan..Setahu saya, nebulizer biasanya diberikan kepada kanak-kanak yang sudah teruk "wheezing', iaitu bunyi daripada paru-paru ketika bernafas kerana sudah terlalu banyak lendir atau kahak di dalam paru-paru..Jika paru-paru si anak clear, doktor tidak akan menyarankan nebulizer..pada pemerhatian saya, doktor akan menggunakan stetoskop untuk mengesan keadaan paru-paru si anak terlebih dahulu..


Kita juga boleh mencuba beberapa kaedah ini..


3. Sedut hingus dari hidung (mucus extractor)
    
Yang ni kena beli sendiri..ada dijual di farmasi, kedai-kedai bayi..online pun banyak..sangat membantu mengeluarkan hingus 





4. Teknik tepukan percussion

  • Sebelum memulakan teknik ini, pastikan anak tidak minum susu satu/setengah jam sebelum bagi mengelakkan muntah.
  • Pastikan anak dalam posisi meniarap. Letak bantal di bawah perut
  • Condongkan sedikit posisi bantal dengan kedudukan kepala anak di bawah dan kaki di atas. kaki mestilah lurus. 
  • Bentukkan tapak tangan seakan cupping (lubang di tengah) dan tepuk perlahan di belakang anak.
  • Tepuk selama lebih kurang 15 minit dan beralih ke kiri dan kanan tubuh anak. Tujuannya ialah untuk melonggarkan kahak di dalam paru-paru. Biasanya selepas beberapa ketika selepas menepuk, bayi akan batuk/bersin sekali gus mengeluarkan kahak dalam bentuk muntah. Jangan risau jika tertelan kerana ia akan keluar menerusi najis.
lihat gambar untuk mengetahui bahagian yang boleh ditepuk..






5. Terapi Stim



 Tujuannya ialah untuk mencairkan kahak/hingus
  • Letak air panas dalam baldi kecil atau bekas yang sesuai
  • Pegang anak dengan erat di bahagian tangan dan muka..biasanya saya perlukan bantuan en.hubby untuk pegang anak sebab anak akan meronta-ronta. Halakan muka pada wap air panas tersebut. agak-agakla ye..Tutup dengan tuala di atas kepala anak untuk memerangkap haba.
  • kemudian alihkan baldi..tepuk tepi dada sebelah kanan selama 1minit dan sebelah kiri selama 1 minit, Cara tepuk seperti cupping dalam teknik tepukan percussion tadi
  • ulang langkah untuk mengeluarkan lebih banyak kahak/hingus..anda juga boleh sedut hingus secara direct daripada hidung anak (optional)


Selain itu, untuk petua tradisional, boleh juga mencuba petua-petua ini..

6. Kunyit hidup

kunyit 

Tumbuk kunyit hidup, (jangan guna lesung yang tumbuk cili pulak..kesian baby..boleh guna botol, terbalikkan alu lesung dll yang sesuai)..kemudian ambil airnya dan sapu pada batang hidung dan dada anak..biar ia kering sendiri..selalu ulang dengan kerap..


7. Minyak bawang putih bakar



Ambil bawang putih (xperlu buang kulit), cucuk dengan garpu dan bakar atas api dapur gas anda. Kemudian lenyekkan bawang yang telah dibakar dalam sedikit minyak masak/zaiton. Sapu pada batang hidung dan dada bayi. Pada tapak kaki pun boleh dan pakaikan stokin..dah jadi garlic socks..Selalu ulang dengan kerap.



8. Madu



Madu membantu mengurangkan batuk tetapi madu tidak boleh diambil oleh bayi bawah 1 tahun kerana mengandungi spora botulinum. Sistem pertahanan kanak-kanak bawah 1 tahun yang belum cukup matang merisikokan mereka untuk terkena jangkitan yang boleh menyebabkan gangguan sistem saraf. Spora ini tidak berbahaya kepada kanak-kanak berumur 1 tahun ke atas dan orang dewasa kerana sistem pertahanan badan mereka yang kuat.

Gunakan madu asli dicampur dengan air zam-zam. Jika dewasa bolehlah dicampurkan sedikit perahan limau nipis.


9. Air Kelapa

buah kelapa

Ada sesetengah petua orang tua untuk memberikan air kelapa yang pure untuk mengeluarkan kahak atau hingus melalui najis..


10. Daun Kaduk



Ambil daun kaduk, campurkan sedikit kapur dan air. Kemudian ramas dan lumurkan pada bahagian dada, leher dan belakang anak..Mak mertua saya ajar, campur kapur dengan sedikit perahan limau nipis..sapu kat dada nipis2 je..jangan banyak nanti panas..

11. Water intake

Pengambilan air yang mencukupi sangat perlu untuk melegakan tekak dan mengelakkan daripada dehidrasi. Seboleh-bolehnya air yang sedikit suam. Selain air kosong, susu dan sup ayam juga membantu. Elakkan makanan yang bergoreng kerana menyebabkan tekak menjadi gatal dan batuk menjadi semakin bertambah teruk.

12. Rehat yang mencukupi

Bagi anak rehat dan tidur yang mencukupi. Ketika mereka tidur, badan berada di dalam keadaan rehat dan tenang. Ini membantu proses tubuh badan kita memulihkan tubuh.

13. Rawatan makanan tambahan yang mengandungi Omega

Omega juga berperanan mencairkan kahak..Saya akan berikan Omega Guard kepada anak saya jika mereka diserang selsema atau batuk. Pilihla Omega yang bagus kerana terlalu banyak omega di pasaran datangnya daripada sumber yang berbeza..inilah rupa Omega yang saya berikan kepada anak-anak saya

Bagaimana Omega Guard ni membantu mengatasi masalah batuk dan selsema di kalangan kanak-kanak?
  • Omega 3 berfungsi mencegah keradangan di saluran pernafasan yang menyebabkan batuk dan selsema
  • Melegakan simptom batuk/selsema dengan melancarkan saluran pernafasan dengan mencairkan kahak
  • Melancarkan peredaran darah serta meningkatkan sistem imun tubuh

Mari kita lihat pandangan ibu-ibu yang pernah menggunakan omega guard dalam mengatasi masalah ini..






Semoga petua/tip entry kali ini sedikit sebanyak memberi manfaat kepada yang membaca. 

Harga menarik menanti anda sepanjang November ini. Anda berpeluang mendapat 1 botol percuma dengan pembelian 6 botol ataupun diskaun 5% untuk pembelian combo set. Apa tunggu lagi? Orderlah sekarang. Hubungi:



Healthy Nutriverse,
Beauty is where healthy is..

Monday, November 17, 2014

Pernah Tak Anda Sakit Kepala?


Pernah x anda sakit kepala? sakit sangat..rasa berdenyut-denyut di bahagian kepala..sehinggakan menganggu rutin harian..Nak buat keje apa pun rasa x dapat nak buat..

hari ni sekolah saya cuti peristiwa..jadi macam2 plan nak settlekan hal rumahtangga yang tertangguh sebelum ni..cadangnya selepas dhuha nak sental mana yang patut, vakum dan mop lantai serta lipat kain baju yang dah penuh bakul..

Tapi...bila sakit kepala melanda...sume x jalan..sakit tu datang dengan tiba-tiba tanpa diketahui puncanya..firasat hati mengatakan bahawa saya kurang minum air..lantas terus ke dapur minum bergelas2 air..sudahnya perut penuh tapi sakit kepala masih ada..ada orang bila sakit kepala dia akan tidur..tapi memikirkan keje yang banyak nak kena selesaikan..maka kutangguh hasrat hati..

ubat? huhu...rumahku memang jarang ada ubat..kes kecemasan seperti anak demam barulah ada ubat..kalau diriku demam pun ku x cari ubat..inikan sakit kepala..memang xd panadol..kalau ada pun x ku telan juga..

sebagai alternatifnya, terus saya dapatkan koleksi vitamin di atas peti ais..saya ambil segelas air beserta vitamin b-complex, omega dan oste..
selepas tu kuteruskan keja yagn terbengkalai tadi..bukannya sakit kepala hilang..oh, tidakla sepantas itu..bukannya sekali telan terus zapppp hilang..ajaib bebenor ye..

tapi, sambil2 ku buat keje rumah..kuperasan sakit kepala dah kurang volumenya...kalau tadi volume 10..sekarang dah turun ke volume 6...secara tak sedar kejeku settle dan masalah sakit kepala hilang secara perlahan-lahan..ye, perlahan-lahan..bukan drastik..sebab vitamin bukanlah ubat..

sakit kepala ni boleh berlaku disebabkan oleh macam-macam sebab..antaranya ialah:

~ kekurangan zat dan nutrisi
~ faktor keturunan
~ kesan daripada pengambilan ubat-ubatan
~ wanita tengah datang bulan (haid) atau pra-haid
~ terlalu banyak ambil kafein
~ makan makanan yang mengandungi banyak MSG dan nitrat

selebihnya korang boleh google yer..

by the way, korang nak tahu x rupa vitamin-vitamin yang kuambil semasa serangan sakit kepala pagi tadi tu? dan bagaimana ianya berfungsi? Nah..


Set untuk atasi sakit kepala

jika korang nak harga yang istimewa. korang hubungilah



bagi yang selalu sakit kepala atau migrain, yang ingin mencari penyelesaian masalah korang tanpa penggunaan ubat-ubatan..saya amat menyarankan vitamin-vitamin ini..cubalah, anda pasti berpuas hati..


healthy nutriverse,
beauty where health is..

Sunday, November 16, 2014

FREE Lunch di Pullman, Putrajaya


Khairina 'Amalin dan Khaira 'Adlina

Pullman Hotels and Resorts, Putrajaya..
Pernah dengar x? Pernah Pergi? Saya pernahla pergi lunch di sana semasa sambutan hari guru pada tahun 2011..berbayar..tapi sejak jadi ahli Shaklee ni selalu kami berpeluang untuk lunch di hotel2 besar dan mahal tapi free of charge..Shaklee yang bayarkan..

Semalam, 16 Nov 2014 kami sekali lagi ke Pullman untuk satu majlis Master Coordinators Celebration Master Kam Maria & Mohd Firdaus. Majlis ni ditaja sepenuhnya oleh pihak Shaklee kepada ahlinya yang dah berjaya mencapai rank Master Coordinators. Shaklee memperuntukkan RM 50, 000 bagi setiap orang yang berjaya mencapai tahap Master untuk diraikan dalam majlis Master Celebration..Hanya pilih mana-mana hotel 5 bintang di Malaysia dan pihak Shaklee akan uruskan..Bestnya kejayaan kita diraikan oleh Shaklee, free of charge..



Pullman ni dekat je dengan rumah saya..dalam 5 minit dah sampai..Sampai je kat sana, anak-anaklah yang paling excited..berlari-lari..seronoknya dapat keluar rumah ye..

berlari berkejaran..seindah bunga di taman..
Majlis ni start jam 10 pagi hingga 1 tengahari..spend masa dengan famili..dapat dengar rahsia jutawan Shaklee...dapat makan lunch percuma..why not kan? rugi la kalau saya lepaskan peluang ni..
Mereka akan kongsikan bagaimana mereka mula dalam Shaklee dari zero to hero..dari bonus puluh2 ringgit je hingga ke 6 angka..kisah bagaimana mereka mula bisnes daripada bawah..daripada kosong..dengan sifat pemalu dan selesa makan gaji sebagai engineer..kini mereka WAHM (work at home mother) dan WAHD (work at home dad)..




dewan penuh..ramai kenalan datang meraikan kejayaan mereka..so saya duk kat tepi..anak-anak semua bebas bermain di dalam dewan..





saya sampai masa tu dah pukul 11..dah selesai beberapa ucapan aluan daripada Presiden Shaklee Malaysia dan Presidential Master serta beberapa kejutan buat master yang dirai..ada master parade di mana master yang dirai akan berarak masuk ke dewan menuju ke pentas..masa tu xdan ambil gambar sangat..terpegun punya pasal..hehe..



Antara master-master yang hadir..

Itu hanya beberapa master sahaja yang hadir..kalau semua hadir mesti x muat pentas tuh..tengoklah mereka..sangat low profile..tapi bonus mereka..5-6 angka sebulan..

Semasa saya mendengar ucapan Master Maria dan suaminya tentang rahsia kejayaan mereka..anak-anak bermain dengan gembiranya di dalam dewan tersebut..seronok melihat mereka ceria..ini antara keletah si comel yang sempat saya tangkap..

nak usha abang sebelah ni la..

yeay! misi berjaya..

sape nakal2 saya tiup wisel amaran ye..

mama saya ngah kusyuk dengar ucapan..ni la masanya geledah handbag mama..haha

saya paling suka test gigi saya buka penutup botol camni..nak test sape lagi kuat..

k, saya dan bangun ni..nak lawat kawasan dah ni,,

korang ni janganlah tegur saya..malu tau...

kita lawat kawasan sekitar dewan ni..

eh, ada pakwe tengok saya la..
 itulah antara beberapa ragam Adlina, anak kedua saya..dia suka sangat menegur orang lain..berbeza dengan si kakak yang agak pemalu..

Suatu hari nanti, kami pula akan menyusul menjadi Master. Doakan kami ye!


Master Coordinator-to-be

senyum sket..dan2 pulak akak baju pink ni nak lalu..


Selepas selesai majlis tersebut, kami ke dewan makan untuk makan tengah hari..hooray!

ni la dewan makan tu..

Cop! nak duduk meja ni ok
Ni antara pemandangan di bahagian tepi dewan makan..

sebelah kanan dewan makan

sebelah kiri dewan makan


Jom kita lunch...

mana makanan kami ni?

Wahh..syoknya lunch kat hotel ni kan..

Control2..mama nak ambik gambar..

Bismillah...ngap!

berapa agaknya kalori tart ni ye..hmmm..

Awak intai2 ni nak ke..kalau nak mintak je..jgn malu2 ye..

sambung makan..sedapnya tak terkata..

Ni gambar makcik saya..Cik Nora..
Sedapnya..

Last sekali mama saya pekena kopi sebelum balik..

Alhamdulillah kenyang..dapat kami lunch percuma hari ni..murah rezeki..rugi korang x join..

sesiapa yang x pernah menjejaki Pullman, nah sedikit view untuk tatapan korang..






Lelaki yang berkopiah ni master jugak tau..bonus 5-6 angka setiap bulan..tapi low profile je kan..belakang tu isteri dan anaknya..




Alhamdulillh diberi peluang untuk merai dan mendapat kisah penuh inspirasi daripada mereka yang telah berjaya. Next time majlis saya pula. Tunggu!


tq for reading =)


healthy nutriverse,
beauty is where health is..