Hai..Hari ni saya nak share sikit tentang pengalaman saya
mengandung..ecece..tetiba rindu pula ye..ada maksud tersirat ke?huuuu..
Saya akui pengalaman agak mencabar pada 5 bulan pertama..sebab kalau makan je muntah..makan xde masalah..selera on je..tapi x lama lepas tu mesti uwekkk....dan saya x lalu nak makan sup..kalau x memang hantu sup jugak ni..
Ada beza di antara kehamilan sulung dengan yang kedua..mengandung sulung saya banyak masalah sket sebab macam x cukup zat je alkisahnya..badan naik macam dinosour tapi x cukup zat??pelik je bunyinya kan..mungkin sebab saya ni dari dulu lagi x suka makan sayur..xsedap katanya..eh, kataku..
Masa mengandung sulung tu saya harapkan ambil vitamin yang nurse bagi kat klinik tu je la..xreti nak cari alternatif lain..lurus betul masa tu ek..hehe..dengan ubat yang agak smelly, rasa oh, mak ai!! tapi telan juga demi anakanda tercinta..yang peliknya hb asyik rendah..asyik kena sound je..asyik duk kat 9-10 je..sampaikan buku pink saya dapat sticker warning..berisiko..
So saya ni usahalah ikut nasihat yang diberikan..makan kerang..makan bayam..makan daging..bilis dll lagi yang tinggi zat besinya..tapi x jalan juga..kebal benor ye..sampai bersalin x pernahla lebih 11 hb saya..
Masa mengandungkan anak kedua..alhamdulillah dah celik minda sket..saya study bab2 kehamilan yang sihat..masa tu barulah tahu bahawa betapa bahayanya saya kerana pandang enteng dan remeh masa kehamilan sulung tempoh hari..eiii..seram bila mikirkan semula..nasib baik Allah sayang saya dan anak sulungku..
Saya bersyukur kerana sepanjang kehamilan kedua saya tidak mengalami masalah seperti pengalaman sebelum
ni..hb sentiasa 12 ke atas..x pernah drop..masalah sembelit pun xde..bertenaga je..x kena minum air gula..hooray! doktor kategorikan saya sebagai berisiko rendah..buku pink saya cantik je..hinggakan bersalin pun saya tak sakit lama dan mudah
melahirkannya..huhu..ni yang buat saya rasa nak ada baby lagi..hihi..
inilah wajah-wajah kesayangan hamba...
Permata sulung - Khairina 'Amalin binti Khairul Azman |
Permata Kedua - Khaira 'Adlina binti Khairul Azman |
Cuba teka..saya si kakak ke si adik? |
Kakak dan baby.. |
Ramai kawan-kawan saya tegur akan perbezaan saya mengandungkan anak pertama dan kedua..sebab gaya saya lincah x macam orang mengandung katanya..sukan sekolah di padang pun saya join..naik turun tangga 4 tingkat pun saya rilek je..saya percaya faktor nutrisi yang mencukupi menyebabkan kehamilan saya berjalan dengan baik..Tahu x yang ibu hamil memerlukan nutrisi yang lebih
berbanding ibu yang tidak hamil? Tetapi mengapa ramai orang tidak mengubah
amalan harian mereka semasa mereka tidak hamil dengan semasa mereka hamil? mungkin kerana kurangnya kesedaran dan pendedahan kepada risiko-risiko yang boleh berlaku kepada si ibu dan si bayi..
Suka untuk saya berkongsi amalan yang saya amalkan ketika hamil..antaranya...
1. Doa/surah amalan
Amalan kerohanian sangat penting bagi saya..dengannya saya rasa kuat untuk meneruskan hari-hari saya..saya tampal ayat-ayat quran amalan ibu mengandung di pintu almari. setiap kali selepas saya solat, saya akan baca doa dan tersebut dengan penuh pengharapan..ada doa yang diberi oleh ibu bapa saya dan ada juga yang saya perolehi daripada buku-buku kehamilan. mak saya juga selalu menyuruh saya solat hajat dan solat taubat agar dimudahkan proses kehamilan dan kelahiran..Ini adalah antara contoh doa tersebut..
surah amalan ibu hamil |
Doa amalan ibu hamil |
2. Pemakanan yang seimbang
Hidangan harian ibu hamil mestilah sihat dan seimbang merangkumi variasi makanan drpd 4 kumpulan makanan seperti buah dan sayuran, makanan berkanji, makanan kaya protein dan produk tenusu..tapi saya ni jenis x suka sayur..susu pun bercinta je nak minum..korang jangan tiru saya ye..korang tiru gambar kat bawah ni ye..
diet sihat untuk ibu hamil |
10 foods for preggy mom |
3. Elakkan makanan yang tidak sepatutnya
makanan yang perlu dihindari oleh ibu hamil |
4. Senaman ringkas
ha, ni kadang2 je buat..heee..ku anggap naik turun tangga 4 tingkat kat sekolah tu sebagai senaman rutinku..balik keje pulak jadi supermama di rumah..
ce korang try cam gambar tu...
senaman untuk ibu hamil |
5. Tidur yang cukup dengan posisi yang betul
Tidur dan rehatlah secukupnya ye kawan-kawan..tapi dengan posisi yang betul ye..
posisi tidur ibu hamil |
6. Postur badan yang betul
Postur badan semasa duduk dan berdiri perlu betul untuk mengelakkan sakit belakang..
Postur berdiri ketika hamil |
postur duduk ibu hamil |
7. Vitamin Tambahan
Apabila kandungan kita semakin membesar, kita perlukan zat besi tambahan. Kalsium juga diperlukan 2 kali ganda sehari berbanding sebelum ini. 400mcg asid folik sehari diperlukan bagi 12 minggu pertama kehamilan. Doktor menyarankan agar multivitamin untuk kehamilan seharusnya mengandungi asid folik, vitamin D, zat besi dan kalsium. Vitamin C, vitamin D, vitamin-vitamin B seperti B6 dan B12, potasium, zink dan vitamin E juga diperlukan.
Apa kata doktor.. |
Untuk vitamin tambahan ni, setelah saya study, tanya kenalan dan pendapat doktor..saya memilih set kehamilan Shaklee..ia selamat, halal, natural bukan sintetik dan berkesan..harga pun berpatutan dan penggunaannya tahan untuk beberapa bulan..sangatlah jimat kerana mengambil masa sehingga 4 bulan sebelum saya repeat order..dari vitamin kehamilan inilah saya jatuh cinta dengan Shaklee.. =). Jom tengok vitamin apa yang saya amalkan semasa hamil..
Vitamin-vitamin untuk ibu hamil |
Anda semua bolehlah mencuba vitamin-vitamin ini..sangat saya syorkan tau..harganya sangatla mampu milik..yang penting khasiat dan kebaikannya buat si ibu. betul x?
ni antara testimoni oleh pengguna set hamil ni..
testimoni set hamil Shaklee |
testimoni set hamil Shaklee |
untuk harga yang istimewa boleh hubungi:
Pengedar Shaklee Anda |
Healthy Nutriverse,
Beauty is where health is..
No comments:
Post a Comment