Wednesday, November 26, 2014

Gemilang UPSR 2014




Alhamdulillah...syukur Ya Allah...

Hanya itu yang terucap di saat keputusan UPSR diumumkan pagi tadi, lebih kurang jam 10.30 pagi.

Kami guru-guru menanti dengan penuh debaran sejak pagi lagi..
Setiausaha Peperiksaan dan Guru Besar kami berada di JPWPP untuk mengambil keputusan rasmi daripada Pengarah..Memang bikin hati berdebar-debarlah..

Pengarah JPWPP dan Guru Besar

Suasana di dewan sekolah kami dipenuhi pelbagai emosi. Ada yang berdebar-debar, ada yang takut dan juga selamba aje..huhu..Saya yang hanya mengajar kelas tambahan murid-murid tahun 6 ni pun berdebar-debar apatah lagi guru-guru yang mengajar..tentu dup dap dup dap semuanya.

suasana dewan sebelum keputusan diumumkan
Makan tetap makan..heee

Tak lama kemudian, Guru Besar bersama guru-guru pentadbir datang ke dewan..fuhhh..mulalah masing-masing berpeluh-peluh..Adakah berita gembira atau sedih bakal menyusul?

Guru Besar dah sampai...

Akhirnya...Guru Besar mengumumkan keputusan rasmi UPSR sekolah kami..jeng..jeng..jeng..


GB tengah berucap..

Haa..apakah maksud di sebalik senyuman itu..

Guru-guru apa lagi...serbuuuuu...


Guru tak sabar tengok result anak murid masing-masing...

Syukur sangat dengan keputusan UPSR kali ini. Terdapat peningkatan yang sangat bermakna buat kami. 

Seramai 17 orang mendapat 5A, 14 orang mendapat 4A, 10 orang mendapat 3A dan 20 orang mendapat 2A. GPMP kami daripada 2.0 pada tahun lepas meningkat kepada 1.75. Kedudukan kami berada di ranking ke-5 daripada 13 buah sekolah berbanding tahun lepas di tempat kedua tercorot..

Tahniah kepada semua guru, ibu bapa dan murid yang berusaha dengan penuh iltizam. Buat anak-anak murid Tahun 6, semoga UPSR ini menjadi titik permulaan sejarah kegemilangan kalian. Teruskan melangkah dengan penuh yakin. Cabaran kalian baru sahaja bermula. Tempuhi dan harunginya dengan ilmu dan iman. Semoga kalian berjaya di dunia lebih-lebih lagi di akhirat kelak!

Wajah-wajah anak murid yang berjaya memperoleh 5A. Tahniah!


Healthy Nutriverse,
Beauty is where health is..

No comments:

Post a Comment