Wednesday, November 19, 2014

Tolong! Mejaku diserang tikus!!




tikus pun ulat buku tau

Wah, tikus pun baca buku..ni kes tikus yang bersekolah..sebab kes tikus ni di sekolahku..mesti tikus ni bijak kan..dah tiap2 hari ke sekolah..

Habis meja guru-guru diserang tikus..kalau korang tengok tikus..erkk..bukan yang secomel dalam gambar si atas tuh..rupa dia hitam..besar..mata cam nak menerkam je gayanya dan lari gerak cam pelesit..geliiiii...

Entah datang dari mana ntah tikus-tikus ni..sebelum ni xde tau..tahun ni muncul tanpa diundang..kurasa dek kerana kawasan yang agak berhutan di sebelah sekolahku dah dicerobohi oleh pihak yang ingin mendirikan pembangunan..maka tikus-tikus ni terancam dan lari menyelamatkan diri..memandangkan sekolahku berada di sebelah habitat diaorang maka berpindahla diaorang mencari perlindungan..kot-kot lah..kesian plak kan..

Bilik  guru kitaorang memang banyak makanan..almaklumlah suka makan..heee..
Banyak stok makanan dan minuman di pantry, dalam laci-laci guru dan hamper-hamper makanan untuk hadiah murid-murid..memang heavenlah korang wahai si tikus..

Kami mulanya x perasan pun..tapi bila ternampak kesan gigitan tikus pada kulit hadiah..haaa..memang kecohlah masa tu..habis musnah hamper idaman..cewah..terus survey laci-laci di pantry..habis semua stok makanan dan minuman yang menjadi mangsa tikus..yang musykilnya camne tikus ni beroperasi dengan cekap ye..air kotak contohnya..hanya ada sedikit bekas gigitan tikus tapi air kotak tu habis licin tanpa sebarang baki dan sebarang tanda-tanda tumpahan..perghh..memang FBI la tikus ni..

Guru-guru pun check sume laci diaorang..habis surat2 penting, sijil2 penting yang menjadi mangsa..menangis x berlagu la jawabnya..kuikuikui..

Sakan kami bersihkan laci kami..bukan apa..takut ada air kencing tikus..kan bahana kencing tikus ni sehingga membawa kematian..nauzubillah..

Bau tu x usah nak diceritakanlah..memang terlajak harum..kami sume pakai mask..kalah time jerebu..Sental punyalah sental..ada yang kami terus buang..kalau laci, meja dan kerusi xkan nak buang plak..bankrap!

Korang ada x cadangan bagaimana nak bagi tikus ni x datang dah kacau kitaorang? Macam-macam juga yang kami lakukan..tabur lada hitamlah..letak daun pandanlah..yang kelakarnya daun pandan tu siap diaorang buat ulam..xdenya nak takut..hish..kebal bebenor ye..

Lastly, saya cuba letak arang..mana nak cari arang kat Putrajaya ni..ada kot..tapi lagi senang kuguna pewangi arang ni..wangi pun wangi..dan perasan jugakla yang tikus dah x kacau mejaku..huhu..

ni la rupa pewangi arang tu..

Charcoal deodorizer
meh daku close up sket..

Kanan tu pewangi..kiri tu kotak dia..
yang best bukan sahaja tikus dah x datang melawat mejaku..mejaku berbau harum je manjang..huhu..

Ni description belakang kotak..kot-kotla korang nak baca..


ia juga menyerap bau busuk tau..
Ni idea kawanku yang baru balik melancong dari China..agaknya orang sana cerita kot..heee..

Charcoal Deodorizer jenama Farcent ini dibeli di Carrefour kat Alamanda..RM28 kalau x silap..

Kuletak pewangi ni atas mejaku..cantik pun cantik..wangi pun wangi..


Pewangi mejaku yang bersepah

kalau korang ada idea yang lebih baik..silalah komen ye..tq sooo much!


Healthy Nutriverse,
beauty is where health is




No comments:

Post a Comment