Tuesday, November 18, 2014

PETUA HILANGKAN KAHAK/HINGUS





Bila anak sakit, ibu bapalah yang paling risau tentang keadaan mereka..anak-anak akan merengek meragam kerana badan mereka tidak sihat..

Pada pendapat korang, siapakah yang paling risau..ibu atau bapa? Biasa mak-mak ni akan risau lebih sikit kan..ayah-ayah ni dia pandai cover..cool manjang..ye x?

Apa yang korang lakukan jika anak korang batuk/selsema? Terutama kepada anak yang berusia 2 tahun ke bawah.. Ingat, ubat batuk dan selsema tidak sesuai diberikan kepada kanak-kanak berusia bawah 2 tahun. Kementerian Kesihatan Malaysia juga tidak membenarkan penggunaan ubat-ubat batuk dan selsema bagi kanak-kanak di bawah umur 2 tahun sejak tahun 2007 (Dr. Yap Hsiao Ling). Ubat demam masih boleh diberi mengikut sukatan yang disyorkan oleh doktor berdasarkan umur dan berat kanak-kanak.

Jadi bagaimanakah cara untuk ibu-ibu dan bapa-bapa menangani masalah batuk/selsema di kalangan anak-anak kecil ini?

Di sini, ada beberapa petua moden dan tradisional yang boleh kita cuba bila anak diserang batuk dan selsema..bergantung kepada kesesuaian..tapi bila guna natural remedies ni kita kenalah sabar sikit ye..jangan harapkan terus baik dalam masa 24jam..sabar dan konsisten..boleh? sekurang-kurangnya ia berkurangan dari masa ke masa..

Jika anda ke klinik/hospital, rawatan yang diberikan biasanya adalah seperti:

1. Titisan hidung dengan air garam (nasal saline drops) untuk selsema

gambar contoh

gambar contoh

2. Gas nebulizer



Berfungsi mencairkan kahak. kahak tersebut akan keluar melalui najis atau muntah..biasanya anak kecil akan meronta-ronta ketika proses ini dilakukan..Setahu saya, nebulizer biasanya diberikan kepada kanak-kanak yang sudah teruk "wheezing', iaitu bunyi daripada paru-paru ketika bernafas kerana sudah terlalu banyak lendir atau kahak di dalam paru-paru..Jika paru-paru si anak clear, doktor tidak akan menyarankan nebulizer..pada pemerhatian saya, doktor akan menggunakan stetoskop untuk mengesan keadaan paru-paru si anak terlebih dahulu..


Kita juga boleh mencuba beberapa kaedah ini..


3. Sedut hingus dari hidung (mucus extractor)
    
Yang ni kena beli sendiri..ada dijual di farmasi, kedai-kedai bayi..online pun banyak..sangat membantu mengeluarkan hingus 





4. Teknik tepukan percussion

  • Sebelum memulakan teknik ini, pastikan anak tidak minum susu satu/setengah jam sebelum bagi mengelakkan muntah.
  • Pastikan anak dalam posisi meniarap. Letak bantal di bawah perut
  • Condongkan sedikit posisi bantal dengan kedudukan kepala anak di bawah dan kaki di atas. kaki mestilah lurus. 
  • Bentukkan tapak tangan seakan cupping (lubang di tengah) dan tepuk perlahan di belakang anak.
  • Tepuk selama lebih kurang 15 minit dan beralih ke kiri dan kanan tubuh anak. Tujuannya ialah untuk melonggarkan kahak di dalam paru-paru. Biasanya selepas beberapa ketika selepas menepuk, bayi akan batuk/bersin sekali gus mengeluarkan kahak dalam bentuk muntah. Jangan risau jika tertelan kerana ia akan keluar menerusi najis.
lihat gambar untuk mengetahui bahagian yang boleh ditepuk..






5. Terapi Stim



 Tujuannya ialah untuk mencairkan kahak/hingus
  • Letak air panas dalam baldi kecil atau bekas yang sesuai
  • Pegang anak dengan erat di bahagian tangan dan muka..biasanya saya perlukan bantuan en.hubby untuk pegang anak sebab anak akan meronta-ronta. Halakan muka pada wap air panas tersebut. agak-agakla ye..Tutup dengan tuala di atas kepala anak untuk memerangkap haba.
  • kemudian alihkan baldi..tepuk tepi dada sebelah kanan selama 1minit dan sebelah kiri selama 1 minit, Cara tepuk seperti cupping dalam teknik tepukan percussion tadi
  • ulang langkah untuk mengeluarkan lebih banyak kahak/hingus..anda juga boleh sedut hingus secara direct daripada hidung anak (optional)


Selain itu, untuk petua tradisional, boleh juga mencuba petua-petua ini..

6. Kunyit hidup

kunyit 

Tumbuk kunyit hidup, (jangan guna lesung yang tumbuk cili pulak..kesian baby..boleh guna botol, terbalikkan alu lesung dll yang sesuai)..kemudian ambil airnya dan sapu pada batang hidung dan dada anak..biar ia kering sendiri..selalu ulang dengan kerap..


7. Minyak bawang putih bakar



Ambil bawang putih (xperlu buang kulit), cucuk dengan garpu dan bakar atas api dapur gas anda. Kemudian lenyekkan bawang yang telah dibakar dalam sedikit minyak masak/zaiton. Sapu pada batang hidung dan dada bayi. Pada tapak kaki pun boleh dan pakaikan stokin..dah jadi garlic socks..Selalu ulang dengan kerap.



8. Madu



Madu membantu mengurangkan batuk tetapi madu tidak boleh diambil oleh bayi bawah 1 tahun kerana mengandungi spora botulinum. Sistem pertahanan kanak-kanak bawah 1 tahun yang belum cukup matang merisikokan mereka untuk terkena jangkitan yang boleh menyebabkan gangguan sistem saraf. Spora ini tidak berbahaya kepada kanak-kanak berumur 1 tahun ke atas dan orang dewasa kerana sistem pertahanan badan mereka yang kuat.

Gunakan madu asli dicampur dengan air zam-zam. Jika dewasa bolehlah dicampurkan sedikit perahan limau nipis.


9. Air Kelapa

buah kelapa

Ada sesetengah petua orang tua untuk memberikan air kelapa yang pure untuk mengeluarkan kahak atau hingus melalui najis..


10. Daun Kaduk



Ambil daun kaduk, campurkan sedikit kapur dan air. Kemudian ramas dan lumurkan pada bahagian dada, leher dan belakang anak..Mak mertua saya ajar, campur kapur dengan sedikit perahan limau nipis..sapu kat dada nipis2 je..jangan banyak nanti panas..

11. Water intake

Pengambilan air yang mencukupi sangat perlu untuk melegakan tekak dan mengelakkan daripada dehidrasi. Seboleh-bolehnya air yang sedikit suam. Selain air kosong, susu dan sup ayam juga membantu. Elakkan makanan yang bergoreng kerana menyebabkan tekak menjadi gatal dan batuk menjadi semakin bertambah teruk.

12. Rehat yang mencukupi

Bagi anak rehat dan tidur yang mencukupi. Ketika mereka tidur, badan berada di dalam keadaan rehat dan tenang. Ini membantu proses tubuh badan kita memulihkan tubuh.

13. Rawatan makanan tambahan yang mengandungi Omega

Omega juga berperanan mencairkan kahak..Saya akan berikan Omega Guard kepada anak saya jika mereka diserang selsema atau batuk. Pilihla Omega yang bagus kerana terlalu banyak omega di pasaran datangnya daripada sumber yang berbeza..inilah rupa Omega yang saya berikan kepada anak-anak saya

Bagaimana Omega Guard ni membantu mengatasi masalah batuk dan selsema di kalangan kanak-kanak?
  • Omega 3 berfungsi mencegah keradangan di saluran pernafasan yang menyebabkan batuk dan selsema
  • Melegakan simptom batuk/selsema dengan melancarkan saluran pernafasan dengan mencairkan kahak
  • Melancarkan peredaran darah serta meningkatkan sistem imun tubuh

Mari kita lihat pandangan ibu-ibu yang pernah menggunakan omega guard dalam mengatasi masalah ini..






Semoga petua/tip entry kali ini sedikit sebanyak memberi manfaat kepada yang membaca. 

Harga menarik menanti anda sepanjang November ini. Anda berpeluang mendapat 1 botol percuma dengan pembelian 6 botol ataupun diskaun 5% untuk pembelian combo set. Apa tunggu lagi? Orderlah sekarang. Hubungi:



Healthy Nutriverse,
Beauty is where healthy is..

2 comments:

  1. Aerobika Alat Buang Hahak is best therapy, please visit www.compassmedical.com.my

    ReplyDelete
  2. Aerobika Alat Buang Hahak is best therapy, please visit www.compassmedical.com.my

    ReplyDelete